Assalam semua ^ _-
Tanggal 13 April 1988 dari perut insan ni la ika di lahirkan... yang sehingga sekarang dan juga sampai bila bila ika akan memanggilnye dengan panggilan IBU... seorang yang sangat garang,tegas, berdisiplin, dan juga pndai cakap orang puteh ( yang mana ni la part part kami adik bradik sangat sangat lemah kalo nak buat ) dan kitorang adik beradik paling takut kalau dia marah... dari kecik sampai la kitorang besar ni... Tapi ibu ni takde la 24 hours die akan jadi garang and straight je... ibu bole gak kalo di buat gurau... macam kawan kawan.. tapi ada batas nye juga... sebab ibu tak nak kitorang semua hilang hormat pada dia.. and kitorang paham apa yang ibu harap kan.. tapi sebagi manusia ni, kitorang as anak anak ibu ni ada kalanya gak kitorang terlepas dari buat salah... dosa apatah lagi kan.... dan kitorang tau ibu ada terguros dengan tindak tanduk kitorang yang kadang kadang ni tak pernah nak pikir kan hati dia.. tapi die tetap SABAR....
Dan jika nak di bandingkan sabar ibu dengan kitorang semua ni memang tak bole nak di ukur... sabar ibu tu terlalu la tinggi... dan kitorang ni adakalanya kalah dengan setiap dugaan... Mana nak sabar dengan perangai anak anak dia lagi, dengan hal di pejabat lagi, dugaan hidup lagi dan macam macam la... Dan ika tau adakalanya ibu penat nak tanggung semua tu... Dan semangat ibu sekali lagi di duga semasa pergolakkan rumah tangga dengan ayah ika dan juga diduga semasa adik ika sakit terkena buatan orang... Masa tu hanya ALLAH je tau mcam mana ibu survive nak kental kan hati dia demi hidup dia dan juga anak anak... Dugaan dari segi wang ringgit jangan cakap la.. banyak yang ibu dan gunakan demi adik ika yang ke 3 waktu dia sakit dulu sampai la adik ika ni betol betol sembuh.. masa ni memang ika perasaan ibu seperti sorang sorang je dan takde sape sape di sisi dia walaupon ika dengan akak ada bersama ibu...
Adakalanya ika dengan akak buntu tak tau nak buat apa nak bantu ibu... yela ika dengan akak masing masing belajar lagi.. semua ni berterusan sampai ika sambung degree... and akak masa tu pon tak habis belajar lagi... bayangkan la ibu kena tanggung sorang sorang untuk jaga 7 orang anak.. mana nak beri makan minum, mana nak penuhi untuk bayar tuisyen adik adik, buku buku belajar, bil internet, bil letrik, bil air, bil telefon, bil astro.. and segala jenis hutang... Walaupon dalam tangis ibu selesaikan... walaupon berkali kali mata ibu bengkak, walau berkali kali ibu mengeluh tapi mampu buat semua sampai habis... Kemana ayah???? eemm ika tak de point nak cerita tentang itu... terlalu banyak yang kurang enak dari yang enak di dengar.. dan ika tak mahu memburuk buruk kan keluarga ika sendiri.... Biar la yang pembaca sendiri menilai dengan mata hati sendiri...
Kalau nak bercakap tentang HARAPAN/IMPIAN/DREAM ibu... sangat banyak... macam macam yang ibu nak... ibu nak ade kedai makan sendiri sebab ibuminta sangat masak, ibu naka da bisnes dari umah sendiri
( ** Pipah, ibu nak sangat kau buat bisnes yang selalu ibu impikan.. tapi angah sendir tak tau kenapa susah untuk kau tunaikan.. sebab kau dah ade skill kalau nak cakap ada banyak benda tak cukup cakap je kat along and angah biar kitorang tau apa yang buat kau x ready nak buat apa yang ibu impikan... tapi akau tak cakap pon..)
Dan ika ada bagi tau ibu ika nak buka kedai runcit dan bila ika dah habis paper exam hari tu ika bagi tau ibu yang ika nak pikir kan kerjaya sekarang pulak.. then ibu suggest kat ika why not ika take a class or kursus yang berkaitan dengan runcit tu.. emmm and now ika tengah work for it.. ika tengah cari sumber sumber yang bole bantu ika how to start thi skind of business... (any one yang tau hal ni why not u all suggest kat ika kan )
Pesanan untuk adik adik ika : ADIK SEMUA... angah tau korang semua dah besar besar... semua dh pandai buat keputusan sendiri dan semua dah ada pilihan dan kehendak sendiri.. tapi yang angah risaukan ialah angah tak nak korang semua lost dengan diri masing masing... kepercayaan yang ibu dah bagi kat korang untuk buat apa yang korang nak itu dah cukup menunjukkan ibu bagi apa yang korang nak.. walaupon ianya buka dari segi wang ringgit dan juga barang barang berharga... Kita juga bukan orang senang dan kalau bole angah nak sangat korang jadi yang lebih pandai dari angah atau along... amy ira nani, korang belajar la rajin rajin, jangan terlalu leka dengan apa yang korang ade sekarang... Fifa and sakinah... Kalau korang nak tau korang la yang paling ibu risau lagi... dari segi kehidupan korang, kawan kawan korang semua tu buat ibu risau... angah rasa angah tak mampu nak cerita se'detail' nya perkara yang berkaitan korang berdua.. angah bagi korang duduk dan berfikir apa yang angah dah bagitau ni...